Petugas Clinic 365 melakukan persiapan sebelum membuat ujian saringan Covid-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 JANUARI 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan sebanyak 2,461 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan, daripada jumlah itu 2,461 kes merupakan penularan tempatan dan tiada kes import.

Kes sembuh baharu mencatatkan pertambahan sebanyak 4,782 kes menjadikan bilangan pesakit yang pulih daripada Covid-19 iaitu 244,753 orang.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 34,468 yang mana 207 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdapat lapan lagi kes kematian menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 di negara ini kini berjumlah 1,051 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast