MGNews : Saya Tiada Niat Ganggu Zuraida – Hans Isaac

Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac tidak pernah berniat untuk mengganggu mahupun melanggar kawasan mana-mana pemimpin, apatah lagi Parlimen Ampang yang amat sinonim dengan Datuk Seri Dr Zuraida Kamaruddin.

Sebaliknya Hans mahu turut serta membantu rakyat dalam kesusahan, apatah lagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).