Texas hampir lumpuh disebabkan cuaca sejuk melampau. foto Agensi

KUALA LUMPUR –  Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta mematuhi garis panduan keselamatan dan amaran mengenai keadaan berbahaya dan licin yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan susulan kejadian ribut salji di beberapa kawasan di negara itu.

Kedutaan Malaysia di AS dalam kenyataan, berkata rakyat Malaysia di kawasan terjejas perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan merancang aktiviti lebih awal berdasarkan garis panduan keselamatan itu yang berbeza mengikut kawasan.

“Setakat ini kedutaan tidak menerima sebarang permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia susulan cuaca buruk di beberapa kawasan di AS.

“Kami juga tidak menerima laporan mengenai rakyat Malaysia terperangkap atau hilang disebabkan keadaan itu setakat ini,” kata kenyataan itu yang dihantar kepada Bernama di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kejadian ribut salji yang menjejaskan kawasan dari tengah selatan ke pantai timur AS termasuk Texas, Arkansas, Louisiana, Mississippi, North Carolina, Virginia dan Virginia Barat termasuk District of Columbia.

Cuaca sejuk melampau menyebabkan suhu jatuh ke bawah paras beku di beberapa negeri.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan daripada pihak konsular boleh menghubungi talian Kedutaan Malaysia Bahagian Konsular: + 1-202-375-4396 (pegawai bertugas) atau e-mel: [email protected] / [email protected] .my; Education Malaysia: + 1-202-572-9715 atau e-mel: [email protected].

JPA: + 1-202-572-9729 / 9723 atau e-mel: [email protected]; MARA: + 1-202-450-4201 / 4091 atau e-mel: [email protected].

Selain itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles boleh dihubungi menerusi + 1-626-766-0478 (pegawai bertugas) atau e-mel: [email protected]; Konsulat Jeneral Malaysia di New York: + 1-917-319-0381 (pegawai bertugas) atau e-mel: [email protected]. – BERNAMA