Kedudukan tentera China dan India di Tasik Pangong Tso telah ditarik semula. foto Agensi

NEW DELHI – India dan China telah selesai menarik balik pasukan tentera masing-masing dari sempadan Himalaya yang menjadi pertikaian kedua buah negara, kata kenyetaan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan India.

Askar-askar dikeluarkan dari kawasan Tasik Pangong Tso pada hari Sabtu.

Pertembungan di sempadan itu pada Jun tahun lalu telah menyebabkan kematian 24 orang tentera.

Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk mengurangkan ketegangan di bahagian lain di sempadan.

China dan India mengumumkan hasrat mereka untuk menarik balik askar masing-masing dari kawasan tasik itu pada 11 Februari, dan para komandan bertemu pada hari Sabtu untuk menilai bagaimana operasi itu berjalan.

“Kedua-dua pihak secara positif menilai kelancaran pasukan barisan depan di kawasan Danau Pangong yang ditarik keluar, tindakan penting yang memberikan asas yang baik untuk menyelesaikan masalah-masalah lain yang masih ada,” kata kenyataan itu.

Kedudukan sempadan India dan China yang menjadi pertikaian.

Komandan-komandan terlibat telah mengadakan sembilan pusingan perbincangan untuk sampai ke tahap ini.

Kenyataan itu juga turut mengakui bahawa bahagian-bahagian lain di sempadan tetap tegang dan berharap dapat meneruskan perbincangan.

“Kedua-dua belah pihak sepakat untuk mengikuti konsensus penting pemimpin negara mereka, meneruskan komunikasi dan dialog, menstabil dan mengendalikan situasi di lapangan, mendorong penyelesaian yang dapat diterima daripada masalah-masalah yang tersisa secara stabil dan teratur sehingga bersama-sama menjaga keamanan dan ketenangan di kawasan sempadan,” tambah kenyataan berkenaan.

Sebelum penarikan askar masing-masing selesai di Pangong Tso Lake, pasukan tentera dari setiap negara ditempatkan di pantai utara dan selatan di wilayah yang dituntut oleh kedua-dua belah pihak.

Ketegangan selama berbulan-bulan telah meningkatkan ketakutan penambahan ribuan tentera yang berlanjutan di wilayah Ladakh dan Aksai Chin yang ditadbir oleh China akan meningkatkan konflik.

India dan China telah bertahan dalam kemelut perbalahan sempadan ini sejak beberapa dekad dan berperang pada tahun 1962.

Sempadan ini panjangnya 3,440km (2,100 batu).

Kedua-dua negara bagaimanapun mempunyai perjanjian lama untuk tidak menggunakan senjata api atau bahan letupan di sepanjang sempadan.

Pada bulan Januari, pasukan di kedua-dua pihak cedera dalam pertempuran di timur laut di negara Sikkim di India.

Seramai 20 tentera India terbunuh dalam pertempuran bulan Jun yang berlaku di Lembah Galwan.

China mengaku dua hari lalu bahawa empat tenteranya tewas dalam pertemuan itu.

Senjata yang digunakan dalam pertempuran itu termasuk batu.

China mengatakan kejadian itu melibatkan “pergaduhan”. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Peperangan tanpa senjata, jumlah tentera India MATI 20 orang manakala tentera China MATI 4 orang?

    Itu tanpa senjata, kalau guna senjata bagaimana agaknya?

Comments are closed.