Safawi Rasid.

KUALA LUMPUR – Nilai pasaran terkini bintang muda skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid dan tonggak baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh kini jatuh kesan daripada pelbagai faktor termasuk Covid-19.

Berdasarkan laman transfermarkt.com, ‘tanda harga’ Safawi menurun daripada 300,000 euro (RM1.46 juta) kepada 200,000 euro (RM978,000) mengikut kemaskini terbaharu yang dibuat pada 30 Disember lalu.

Nilai pasaran Sumareh yang baru dikemaskini pada 11 Januari lalu pula berada pada nilai 150,000 euro (RM734,000) berbanding 275,000 (RM1.34 juta) euro sebelum ini.

Penurunan nilai pasaran dua pemain itu mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan aksi bersama kelab, prestasi semasa dan pandemik yang menyebabkan tiada aksi antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Safawi sebelum ini dipinjamkan ke kelab Liga Portugal, Portimonense SC selama empat bulan walaupun sepatutnya semusim namun dia tidak pernah diturunkan dalam skuad utama pasukan itu.

Sumareh pula hanya mampu bertahan tiga bulan di Liga Thailand bersama Police Tero FC. – MalaysiaGazette

Mohamadou Sumareh.