Gambar hiasan. foto Agensi

SINGAPURA – Harga minyak melonjak lebih AS$1 hari ini disebabkan pengeluaran minyak Amerika Syarikat (AS) lebih perlahan selepas Texas dilanda cuaca sejuk beku.

Pengeluaran minyak syal di selatan Amerika Syarikat akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk kembali mengeluarkan lebih dua juta tong sehari.

Aktiviti pengeluaran minyak perlahan disebabkan paip-paip membeku dan gangguan bekalan elektrik.

Harga Brent naik sebanyak AS$1.06 setong atau 1.6% setong selepas mencecah AS$66.38 setong.

Manakala harga minyak mentah bertambah AS$0.81 atau 1.4% kepada AS$62.51 setong selepas merekodkan paras tinggi kepada AS$62.73 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat lebih daripada 1% selepas meningkat hampir 4% dalam sesi sebelumnya.

Goldman Sachs Commodities Research telah menaikkan ramalan harga minyak mentah Brent sebanyak AS$ 10 untuk suku kedua dan ketiga tahun 2021, dengan unjuran inventori minyak lebih rendah, kos marginal yang lebih tinggi untuk memulakan semula aktiviti hulu dan spekulatif aliran masuk.

Bank Wall Street menjangkakan harga Brent akan mencecah AS$70 setong pada suku kedua daripada AS$60 yang diramalkan sebelumnya dan AS$75 pada suku ketiga daripada AS$65 sebelumnya.

Morgan Stanley menjangkakan harga minyak mentah Brent akan naik menjadi AS$ 70setong pada suku ketiga pada “tanda-tanda pasaran yang jauh lebih baik” termasuk prospek kenaikan permintaan. – MalaysiaGazette