KUALA LUMPUR – Pelakon, Riena Diana telah diumumkan sebagai penyampai radio Hot FM dan kini mengendalikan Geng Pagi Hot (GPH) bersama Mark Adam dan Fizie Ali.

Kemunculan Riena atau dikenali sebagai Lailer dalam drama Kampung People bagi menggantikan Shuk Sahar yang telah ditamatkan kontrak baru-baru ini.

“Yayy dah ada bunga setiap pagi di Geng Pagi Hot lepas ni,” tulis HotFM menerusi Instagram.

Riena menerusi Instagramnnya turut berkongsikan pengalaman pertamanya hari ini.

“Yeaayerrzzz GENG PAGI HOT dah lengkap!! Today is officially my very first day setelah segala training & hustle & penyimpanan rahsia(yang paling susah) FINALLY DAH BOLEH REVEAL HARINI!” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah menjadi penyampai radio jemputan selama seminggu dan bergandingan dengan Haziq dan Deen.-MalaysiaGazette