Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta agar tidak ‘termakan’ lagi dengan fitnah yang dilemparkan kononya kerajaan hari ini wujud melalui pintu belakang.

Ini kerana, jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini adalah disebabkan perebutan kuasa dan pertelagahan antara pemimpin mereka sendiri, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Menurut Shahir, mengimbau ulangtahun tumbangnya kerajaan PH selama 22 bulan semalam, kerajaan itu sendiri terbina daripada pelbagai persepsi fitnah dan janji palsu yang ditabur hingga akhirnya tumbang sendiri akibat kerakusan kuasa sesama pemimpin mereka.

“Kini pemimpin Pakatan Harapan umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, untuk kembali mendapatkan kuasa. Sudah-sudahlah berpolitik… kita perang di PRU-15!

“Tumbangnya kerajaan PH adalah disebabkan oleh peletakan jawatan perdana menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga mengakibatkan seluruh portfolio menteri Kabinet secara automatik terlucut.

“Fakta ini menunjukkan bahawa kerajaan PH tumbang sendiri disebabkan pemimpin nombor satu mereka yang tidak mahu mengemudi kerajaan mereka kerana kecewa, muak dan mual dengan perangai mereka sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir berkata, akhirnya parti-parti politik pembangkang ketika itu, bermuafakat untuk menyelamatkan keadaan dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tambahnya, DPIM menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen yang menyokong kerajaan hari ini, terutama dari Pas dan UMNO selaku parti tunjang yang memikul tanggungjawab politik agar negara tidak terjerumus ke lembah malapetaka politik mainan PH. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Puak² sasau PH tk dpt terima hakikat yg kerajaan PH tumbang angkara depa sendiri. Sebelum tumbang tu hari² dok ulang tanya bila madey nk letak jawatan..bila nk serah jawatan kpd nuar.. Depa ingat jawatan PM boleh main serah² mcmtu ja kot… Ianya perlu sokongan majoriti ahli dewan rakyat. Tapi puak gila tu dok perasan jawatan PM boleh main serah bulat² kt nuar.. Akhirnya tertonggeng tk sampai sepenggal..

Comments are closed.