Majikan Dera Amah Dengan Seterika, Air Panas Diberkas #MGFlash

BUKIT MERTAJAM – Seorang pembantu rumah warga Kemboja ditemui dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk ditekap dengan seterika dipercayai didera majikan.

Bagaimanapun, kegiatan keji pasangan suami isteri itu terbongkar selepas wanita berusia 30-an itu diselamatkan pihak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Perpaduan, Kampung Baru di sini semalam.