aplikasi mysejahtera
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Memasuki hari ketiga pelancaran Program Imunisasi Kebangsaan 2021 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, Dr A. Maheshwara berkata, setakat hari ini pendaftaran menerusi apikasi MySejahtera sudah mencecah satu juta.

“Seramai 1,065,423 rakyat telah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera untuk Program Imunisasi Kebangsaan,” katanya pada sidang media libat urus Ketua Pengarah Kesihatan bersama media kali ke 4, secara maya, hari ini.

Dalam pada itu, Maheshwara berkata, kerajaan melancarkan aplikasi MySejahtera yang baharu bagi memasukkan jumlah tanggungan bagi ibubapa.

“Pertengahan bulan Mac, kita akan lancar satu lagi kemaskini aplikasi MySejahtera versi 1.0.30 di mana kita boleh memulakan pendaftaran untuk tanggungan.

“Bukan setakat MySejahtera kita ada empat lagi kaedah untuk pendaftaran iaitu melalui laman web rasmi www.vaksincovid.gov.my, untuk yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera mereka boleh mendaftar di fasiliti kesihatan, malah akan melakukan lawatan rumah ke rumah oleh ketua kampung untuk mendapatkan maklumat supaya semua rakyat di negara ini mendapat suntikan vaksin Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast