Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bulan Februari bagi Sabah dan Sarawak diaktifkan masing-masing kepada RM0.15 dan RM0.10 sekilogram.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam kenyataan berkata, pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Februari 2021 mulai 1 hingga 31 Mac 2021.

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR20 (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Pada bulan Februari 2021, harga purata peringkat ladang bagi cuplump (50% Kandungan Getah Kering) bagi Semenanjung adalah RM 2.60 sekilogram manakala Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak RM 2.35 dan RM 2.40 sekilogram. – MalaysiaGazette