Mediha Mahmood

KUALA LUMPUR – Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah melantik Mediha Mahmood sebagai Pengarah Eksekutif, berkuatkuasa mulai 1 Februari 2021.

Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan halatuju strategik badan pengawalseliaan kendiri bebas tersebut, yang ditubuhkan pada tahun 2001 menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM ‘98) dan beroperasi di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengerusi CMCF, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Mediha akan memantau serta menyelia semua operasi, fungsi dan aktiviti CMCF yang bertujuan untuk menyebarkan misi dan ‘suara’ organisasi tersebut.

Ia merangkumi usaha dalam menyokong isu-isu yang berkaitan dengan kawalan kendiri industri, termasuk cetak rompak digital, pengemaskinian Kod Kandungan dan meneruskan kerjasama strategik bersama semua pemegang taruh di samping mempertingkatkan peranan CMCF sebagai titik tumpuan dan pusat sehenti bagi pentadbiran kandungan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast