Hamilton sasarkan kejuaraan dunia F1 yang kelapan musim ini.

LONDON – Lewis Hamilton menyatakan dirinya komited untuk sukses dalam dunia permotoran Formula 1 walaupun mengikat kontrak hanya setahun bersama Mercedes musim ini.

Juara dunia tujuh kali berusia 36 tahun itu  mempunyai misi berganda iaitu menjuarai gelaran dunia kelapan musim ini dan membawa diversiti dalam sukan permotoran tahun ini.

Pelumba warga Britain itu berkata dia masih komited dengan Mercedes Petronas untuk mencapai kejayaan secara berterusan dan masih gemar melakukannya.

“Saya juga mahu membawa diversiti anti perkauman dalam sukan F1 musim ini.

Sebagai simbol kempen itu, Mercedes mengekalkan warna jentera F1 itu dengan warna hitam sebagai suntikan membawa diversiti dan melawan anti rasis.

“Saya bangga dengan Mercedes dan langkah serta sokongan pasukan untuk memastikan pasukanya lebih inklusif dan meningkatkan peluang kepada minoriti..

‘Disamping itu saya juga mahu memastikan gelaran juara dunia kelapan kekal milik Mercedes musim ini,” tegasnya.-MalaysiaGazette