MGNews : Kerja Menyelamat Mangsa Ambil Masa Lebih 3 Jam – Bomba

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap dalam sebuah van kilang di lebuh raya dalam pembinaan selesai kira-kira pukul 9.30 malam selepas mengambil masa lebih tiga jam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Nordin Pauzi, keempat-empat mangsa wanita yang berada di kerusi penumpang belakang berada dalam keadaan terhimpit akibat keadaan van yang remuk teruk.