Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden seorang wanita berusia 45 tahun dipukul lelaki tidak dikenali ketika menaiki tren LRT Laluan Kelana Jaya, 22 September lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berkenaan kira-kira jam 6.35 petang pada hari kejadian.















