Kes kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Kuala Pilah, Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang didakwa menjadi mangsa buli wajib disiasat segera secara telus dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya terdapat pihak yang didapati bertanggungjawab.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau amat sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq.















