Seorang maut dalam salji lebat di Korea Selatan. -Gambar hiasan. Foto agensi.

SEOUL – Sekurang-kurangnya seorang maut dalam salji lebat yang melanda kawasan timur laut di Korea Selatan semalam.

Pihak berkuasa negara itu berkata, sebelum itu, mangsa dilaporkan telah dilanggar sebuah kereta di dalam terowong yang menghubungkan Seoul dan Yangyang.

“Keadaan salji itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan di mana ratusan kereta telah terkandas di jalan sepanjang dua kilometer antara Sokcho dan Yangyang.

“Namun, lebih 460 kemalangan juga telah dilaporkan yang menyebabkan 94 orang cedera,” katanya dipetik dari agensi berita.

Sehubungan itu, semua perkhidmatan awam termasuk tren, feri dan pesawat telah dibatalkan sementara.

Pihak berkuasa juga telah mengerahkan lebih 3,000 pekerja dan hampir 2,900 jentera bagi membersihkan salji di jalan raya.

Difahamkan, salji mula turun pada Isnin lalu dan berterusan sehingga sekarang.

Sebanyak 20 sentimeter salji dicatat telah turun di kawasan pedalaman manakala 77.6 sentimeter dicatat di kawasan pergunungan. – MalaysiaGazette