Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 kembali meningkat sebanyak 2,063 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 307,943.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan daripadanya kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 630 kes diikuti Sarawak dengan 361 kes baharu dan Pulau Pinang iaitu 337 kes.

“Sehingga kini seramai 193 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 99 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada idang media Covid-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan, terdapat lima kes kematian membabitkan warganegara dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian disebabkan Covid-19 sebanyak 1,153 kes.

Beliau turut memaklumkan sehingga pukul 12 tengahari ini terdapat sebanyak 2,922 kes sembuh dilaporkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya  283,629 kes bersamaan 92.10 peratus. – MalaysiaGazette