MGNews : Enam Buah Hospital Pengajian Universiti Jadi Pusat Pemberi Vaksin – Noraini Ahmad

Enam buah hospital itu adalah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Cancelor Tuanku Muhriz UKM, Hospital Universiti Sains Malaysia, Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah UIAM, Pusat Pakar Perubatan UiTM dan Hospital Pengajian UPM.

Jelas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, sehingga kini pemberian vaksin di semua HPU berkenaan dilaksanakan secara berperingkat dan telah bermula sejak 25 Febuari 2021.

Katanya, semua HPU yang terlibat telah mengendalikan kes pesakit dan ujian saringan Covid-19 sejak 2020.