Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Angka kes positif Covid-19  terus menunjukan penurunan, dengan setakat 12 tenga hari ini  sebanyak 2,154 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah 310,097 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah sebanyak 22,034 kes dengan 184 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 87 memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 3,275 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 286,904 kes setakat ini.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat 5 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula 2,149 ,” katanya dalam kenyataan media harian sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu, sebanyak enam kes kematian Covid-19 dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 1,159 setakat hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast