Liverpool dilanyak Chelsea di halaman sendiri di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris malam tadi.

LONDON – Chelsea menewaskan Liverpool 1-0 di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di stadium Anfield awal pagi ini.

Gol tunggal perlawana pada minit ke-42 membantu skuad kendalian pengurus baharu Thomas Tuchel melebarkan 10 perlawanan tanpa kalah.

Berikutan kemenagan itu, kini the Blues berada dalam kelompok empat pasukan teratas liga dengan mengumpul 43 mata daripada 27 perlawanan manakala Liverpool menghuni tangga ke-7 menerusi 22 mata.

Pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson berkata, pasukannya tidak boleh terlalu bergantung kepada kejayaan yang sudah berlalu dan perlu bangkit segera.

“Kita tiada lagi masa.. kena fokus dan kejar pasukan yang ada di bawah kita untuk menyelamatkan mata dalam setiap perlawanan.

“Kita kena bangkit segera membuktikan kepada peminat yang mengangap kita sudah tidak relevan musim ini,” katanya.

Permintaan penalti oleh Liverpool apanila bola terkena tangan N’Golo Kante dinafikan oleh Sistem Video Pembantu Pengadil (VAR). – MalaysiaGazette