Seorang anggota pasukan keselamatan India mengawal sempadan India.

NEW DELHI – Pihak berkuasa Myanmar meminta India memulangkan beberapa pegawai polisnya yang mencari perlindungan di negara itu dalam usaha mengelak menerima arahan daripada junta tentera yang merampas kuasa di negara Asia Tenggara itu pada bulan lalu, kata seorang pegawai di timur laut India.

Kira-kira 30 pegawai polis Myanmar dan keluarga mereka melintasi sempadan India untuk mencari perlindungan beberapa hari lalu ketika junta menindas penunjuk perasaan,  meningkatkan keganasan dengan berpuluh-puluh orang terkorban sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Pegawai paling kanan di Champai, daerah di negeri Mizoram, India memberitahu Reuters bahawa dia telah menerima sepucuk surat daripada rakannya di wilayah Falam, Myanmar memohon lapan pegawai polis dipulangkan ‘bagi mengekalkan hubungan mesra’.

Timbalan Pesuruhjaya, Maria C.T Zuali memberitahu Reuters bahawa beliau ‘menunggu arahan’ daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negara India di New Delhi.

Walaupun terdapat kisah tentang para pegawai polis menyertai pergerakan bantahan awam dan tunjuk perasaan terhadap junta di laman media sosial, ia bukan kali pertama laporan kes polis Myanmar melarikan diri.

Dalam surat, yang mana satu salinan ditunjukkan kepada Reuters, pihak berkuasan Myanmar berkata, mereka mempunyai maklumat mengenai lapan pegawai polis yang menyeberangi sempadan memasuki India.
Surat tersebut menyenaraikan perincian empat anggota polis berumur antara 22 hingga 25 tahun, termasuk seorang pegawai wanita.
“Dalam usaha mengekalkan hubungan mesra antara kedua dua buah negara jiran, anda diminta menahan lapan pegawai polis Myanmar yang tiba di wilayah India dan menyerahkannya kepada Myanmar,” menurut surat itu.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Luar India tidak mengulas soalan yang dikemukakan Reuters. – MalaysiaGaette