Mageswari Arumugam, 56 dicari selepas dilaporkan hilang dari rumahnya di Ampang.

KUALA LUMPUR – Polis Ampang Jaya menagih kerjasama masyarakat umum di sekitar daerah tersebut untuk mencari seorang wanita yang dilaporkan hilang.

Mangsa dikenalpasti sebagai seorang wanita warga tempatan bernama Mageswari Arumugam, kata satu kenyataan hari ini.

Wanita itu berusia 56 tahun dan alamat terakhir mangsa sebelum hilang adalah No 33, Kampung Setinggan India, Pandan Jaya, Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang menjumpai atau menmpunyai maklumat mengenai individu berkenaan, boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis terdekat.

Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohd Khairil Mohd Idrus di balai Polis Pandan Indah di talian 03-927 42222 atau 03-927 42514.-MalaysiaGazette