Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menawarkan Kursus Kedi Profesional kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.

Kursus kedi profesional atau pembantu pemain golf itu akan dijalankan dengan kerjasama Kreatif Golf Idea, kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

Kursus tersebut jelasnya, bertujuan melatih golongan asnaf yang berminat untuk mengikuti latihan profesional secara percuma.

Setelah tamat latihan, pelatih akan mendapat peluang pekerjaan dengan elaun sebanyak RM1,200  sehingga RM5,000 termasuk komisen.

”MAIWP bukan hanya menyalurkan bantuan zakat semata-mata, tetapi juga turut meneroka ruang dan peluang bersama badan-badan korporat dan profesional untuk melatih asnaf yang mana bertujuan memberikan mereka pendapatan tambahan,” katanya.

Ujarnya, menerusi inisiatif sedemikian, MAIWP berharap taraf hidup asnaf dapat ditingkatkan dan mereka boleh keluar daripada kemiskinan.

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast