Muafakat Nasional Selangor
Noh dan Ahmad Yunus bersoladiriti menolak tawaran jawatan PeKT dari KPKT.

SHAH ALAM – UMNO dan Pas Selangor sepakat menolak pelantikan jawatan Pengerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang ditawarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Keputusan itu dicapai Bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dalam perjumpaan kedua-dua pihak semalam.

Menurut mereka, Pas menolak tawaran itu dengan tidak mencalonkan nama kepada KPKT, manakala UMNO menarik balik senarai nama yang dihantar sebelum ini.

“UMNO dan Pas hari ini bersoladiriti dalam menolak pelantikan jawatan PeKT sebagaimana agihan oleh KPKT baru-baru ini.

“Sebagai tanda solidariti dan sokongan, walaupun UMNO Selangor telah menghantar nama sebelum ini, telah mengambil keputusan untuk menolak jawatan itu yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kata Noh dan Ahmad Yunus, kedua parti itu berpendapat jawatan dalam kerajaan bukanlah bahan tawar menawar, tetapi lebih kepada untuk menjaga kebajikan rakyat.

Jelas mereka, ia juga bukan boleh dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Pelaksanaan PeKT hanya melibatkan tiga negeri, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, dengan pelantikannya di kalangan aktivis komuniti setempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Justeru, ia tidak mempunyai gred jawatan tertentu memandangkan bukan di bawah klasifikasi perkhidmatan awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast