MGNews : 1,406 Saman 10 Hari Operasi Khas Bersepadu Di Ampang Jaya

Selepas 10 hari bermulanya Operasi Khas Bersepadu Kesalahan Bunyi Bising, kesalahan-kesalahan jalan raya khususnya melibatkan pengubahsuaian ekzos motosikal semakin berkurang di kawasan Ampang Jaya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Mohd Azam Ismail, pengguna jalan raya di sekitar daerah itu dilihat semakin sedar dan mematuhi undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan.