Roti sandwich Massimo kini dibungkus menggunakan teknik lebih selamat dan berkualiti. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Tampil dengan kaedah pembungkusan terbaharu, pengeluar produk Massimo mahu memastikan para penggemar produk itu menikmati hanya yang terbaik terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Ini juga didorong oleh sikap pengguna yang yang semakin berhati-hati dalam memastikan produk yang dibeli mempunyai tahap keselamatan yang tidak diragui sama sekali.

Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd, Jeremy Goon yakin kaedah pembungkusan terbaharu ini akan meningkatkan integriti produk, keselamatan makanan dan jaminan kualiti yang bakal meningkatkan kepuasan pelanggan selain menjaga reputasi jenama roti berkenaan.

“Pembelian produk Massimo, terutamanya roti telah meningkat semasa wabak kerana rakyat Malaysia tinggal di rumah dan makan lebih banyak.

“Justeru keprihatinan pengguna terhadap pembungkusan juga semakin meningkat, lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid-19.

“Oleh itu Massimo memperkenalkan pembungkusan yang lebih baik agar dapat memberi keselesaan dan ketenangan fikiran pelanggan melalui peningkatan intergriti produk dan keselamatan makanan,” katanya.

Penggemar produk Massimo juga dinasihatkan supaya memeriksa bungkusan roti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Antara produk roti Massimo. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 FEBRUARI 2021.

“Sentiasa periksa bungkusan roti sandwich Massimo anda masih utuh sebelum membeli. Jika bungkusan tidak kemas, pilih saja bungkusan lain. Setelah dibuka, gunakan tanda roti untuk mengamankan beg roti untuk mengekalkan kesegaran dan rasa,” katanya.

Keunikan roti Massimo apabila dipanggang menggunakan bahan-bahan berkualiti dengan jaminan kualiti yang ketat untuk memberi kepuasan kepada pengguna dengan rasanya yang berkhasiat sekaligus keselamatan makanan terjamin menerusi pembungkusnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Diharap syarikat roti Gardenia dapat juga mengeluarkan produk2 biskut juga, produk2 Muslim masih berkurangan didalam sektor ini.

    InsyaAllah kami akan menjadi pengguna setia!

Comments are closed.