Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan dengan mufti seluruh negara dan pakar undang-undang esok bagi memuktamadkan resolusi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Resolusi akan diumumkan selepas hasil perbincangan yang sama.

Jelasnya, pertemuan berkenaan bagi mendapatkan kesepakatan bersama-sama para mufti sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Kita mahu mendapatkan kesepakatan mufti dan pakar undang-undang kerana kita inginkan tindakan segera yang teratur dan berprinsip. Ini isu melibatkan teknikal.

“Berhubung isu akidah, apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 2008 sudah jelas.

Buku yang saya tulis sejak 2013 (Kalimah Allah: Isu dan Penyelesaiannya) juga menegaskan hal yang sama,” katanya menerusi laman web albayan.my hari ini.

Pertemuan itu diadakan selepas Zulkifli mengadakan perbincangan bersama Panel Kajian Akidah dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) padai Jumaat lalu.

Untuk rekod, baru-baru ini Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah solat, Baitullah dan Kaabah.

Susulan itu, pelbagai NGO Islam tampil menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan mahkamah berkenaan.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tunggu dulu sehingga Pope dan tokoh-tokoh agama Kristian di negara-negara Belanda, Britain, dan Amerika Syarikat juga guna kalimah Allah dalam Biblles mereka.

Comments are closed.