Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 new cases Covid-19 deaths Covid-19 clusters education
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengenal pasti lima kluster baharu yang melibatkan tiga kluster komuniti dan dua kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada lima kluster baharu itu, tiga kluster dari Sarawak dan satu masing-masing Kelantan dan Kuala Lumpur.

“Antaranya ialah Kluster Jalan Kampung Hilir Sarawak, Nanga Bulo Sarawak, Banggol Chicha Kelantan, Jalan Sanyan Sarawak dan Jalan Taiping Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, Kluster Jalan Kampung Hilir merupakan kluster komuniti yang melibatkan daerah Sibu di Sarawak.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320720) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Jalan Kampung Hilir, Sibu.

“Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kluster Nanga Bulo yang merupakan kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316155) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Nanga Bulo, Julau.

“Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Kluster Banggol Chicha pula yang merupakan kluster komuniti melibatkan daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat di Kelantan.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322319) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan masuk wad.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas.

“Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Manakala dua lagi kluster tempat kerja antaranya Kluster Jalan Sanyan melibatkan daerah Sibu di Sarawak.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-307621) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat.

“Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Sanyan, Sibu.

“Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana kesemuanya dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Katanya lagi, satu lagi kluster tempat kerja yang dikenal pasti ialah Kluster Jalan Taiping yang melibatkan Kepong, Cheras, dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317235) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berhampiran Jalan Taiping, Titiwangsa.

“Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette