ACP Mohd Zaid Hassan decayed body Jalan Broga drain
Mohd Zaid Hassan
KUALA LUMPUR – Satu mayat telah reput dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang seminggu lalu ditemui di dalam longkang di Jalan Broga malam tadi.
Lokasi penemuan mayat itu adalah di tepi jalan dari arah Broga menghala ke Semenyih bersebelahan Diamond City dan ditemui pukul 8.37 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mayat tersebut ditemui berpakaian lengkap baju-T dan seluar jean gelap selain turut dijumpai telefon bimbit dipercayai milik simati.
”Tiada sebarang senjata ditemui ditempat kejadian dipercayai simati terjatuh ke dalam longkang. Hasil pemeriksaan pada badan simati telah temui satu handset jenis Samsung dan satu dompet.
”Berdasarkan kepada pengenalan diri yang dijumpai, si mati dikenali sebagai Suresh A/L Nagappan,  berumur 43 tahun dan alamat terakhir, G1A Taman Prima Suria 43200 Batu 9 Cheras,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Zaid, kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut sementara menunggu bedah siasat lanjut dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung  dengan Inspektor Sahar, Ketua Polis Balai Semenyih atau mana-mana balai polis berdekatan. – MalaysiaGazette