Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,213 lagi kes positif baharu Covid-19 direkodkan untuk tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,207 kes merupakan penularan tempatan manakala enam lagi kes import.

“Kes sembuh baharu pula mencatatkan jumlah sebanyak 1,503 menjadikan rekod pulih daripada wabak tersebut sebanyak 312,461,” katanya menerusi kenyataan berhubung status terkini Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 14,782 kes aktif direkod yang mana 155 individu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tambah beliau, terdapat tiga kes kematian dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 1,223 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast