Ifedayo Olesegun.

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal meneruskan kemenangan selepas terikat 1-1 dengan Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor malam tadi.

Malah buat skuad kendalian Benjamin Mora berdepan badi sepakan penalti apabila dua pemain import, Gonzalo Cabrera dan Bergson Da Silva gagal menyempurnakan sepakan itu pada setiap babak pertama dan kedua.

Selain itu, penyerang pelawat Ifedayo Olesegun lebih awal mengejutkan tuan rumah apabila bijak merembat bola tepat ke penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias pada minit ketujuh yang kebal dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun jaringan itu tidak bertahan lama selepas tuan rumah bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-12 dan ia bermula daripada bola umpanan Bergson yang melihat Cabrera membuka ruang di sebelah sayap kiri.

Ketika aksi berbaki empat minit babak pertama untuk ditamatkan terjahan keras Ashmawi Md Yakin terhadap Arif Aiman Mohd Hanapi di dalam kotak penalti menyaksikan pengadil, Hamdan Awang tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Berikut keputusan penuh perlawanan Liga Super malam tadi.