Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Serumah, Siburan, Bahagian Serian, Sarawak berkuatkuasa esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Serumah, Siburan, Bahagian Serian, Sarawak berkuatkuasa esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat dibuat selepas melakukan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP di kawasan berkenaan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 462 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 27 kes telah direkodkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, KKM turut mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan. – MalaysiaGazette