Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh yakin faktor anak tempatan bukan jaminan ciri pemimpin terbaik. PRU14 Cameron Highlands
Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Tan Sri Rais Yatim berhubung penglibatan anak muda dalam dunia politik sebenarnya agak mengelirukan.

Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara itu sebenarnya dilihat seperti merendah-rendahkan golongan muda menceburi politik.

“Terus terang saya cakap, saya bukan sahaja agak keliru dengan kenyataan beliau (Rais) sebaliknya agak terganggu.

“Merujuk kepada video MalaysiaGazette, saya ingin bertanya apakah kaitan kekhuatiran ibu bapa dengan pilihan anak-anak mereka untuk terlibat dalam pilihan raya sebagai pengundi?

“Saya dengar YB Tan Sri juga ada bertanya, adakah ibu bapa bersedia anak-anak mereka menjadi politician seusai persekolahan?

“Adakah semua yang mengundi ditakrif sebagai ahli politik? Kalau ikut logik anda, anda anggap semua yang layak mengundi sebagai ahli politik?” soalnya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Sivarraajh, anak-anak muda kita perlu diberi peluang dan ruang yang sewajarnya untuk turut melibatkan diri dalam proses membuat keputusan termasuk dalam soal pilihan raya.

“Dunia hari ini sudah banyak berubah berbanding dengan zaman anda dulu. Ketika ini anak muda lebih berilmu dan berpengetahuan, mungkin mereka kurang pengalaman tetapi  tidak sehingga tidak layak langsung,” katanya.

Sivarraajh mengulas kenyataan Rais yang mempertikaian sama ada ibu bapa bersedia anak baru keluar Tingkatan 5 menjadi ahli politik.

ARTIKEL BERKAITAN:

MGNews: Bersediakah Ibu Bapa, Anak Baru Keluar Tingkatan 5 Terus Jadi Ahli Politik? – Rais Yatim

Kata Sivarraajh, sepatutnya golongan dewasa perlu mengajar dan memberi galakan kepada golongan muda walaupun mereka baru sahaja meninggalkan dunia persekolahan termasuk pendedahan dalam dunia politik.

“Janganlah kita cuba merendah-rendahkan mereka seperti ini.

“Pindaan Perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi ini menerima sokongan semua ahli-ahli Dewan Rakyat. Jadi adalah lebih baik sebarang langkah terkait penerusan agenda ini diputuskan oleh ahli Dewan Rakyat sahaja.

“Tan Sri perlu terima hakikat bahawa zaman sekarang adalah adalah zaman anak muda dan kita perlu beri kepercayaan pada mereka.

“Saya selaku Ketua Pasukan Khas Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional, saya akan terus usaha bagi memantau dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar terkait pelaksanaan Undi 18 akan dilaksana sebaik mungkin.- MalaysiaGazette