KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,671 kes jangkitan baharu Covid-19 dikesan setakat 12 tengah hari tadi dengan Pulau Pinang, Selangor dan Sabah mencatatkan kenaikan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitternya berkata, Selangor telah mencatat kes tertinggi dengan 652 kes diikuti Pulau Pinang (328).
Jumlah kes baru di Selangor hampir dua kali ganda berbanding semalam sementara Sabah kembali mencatat tiga digit buat sejak 1 Mac.
Bagi kes di Pulau Pinang pula, peningkatan hari ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh 16 hari malah kes baru hari ini merupakan kedua tertinggi dicatat di negeri berkenaan sejak pandemik ketiga jangkitan melanda.
Noor Hisham turut menyiarkan angka-angka mengikut negeri seperti berikut:
Selangor (652)
Penang (328)
Sarawak (154)
Johor (130)
Sabah (102)
Kuala Lumpur (78)
Kelantan (63)
Kedah (46)
Perak (37)
Terengganu (32)
Negeri Sembilan (25)
Melaka (18)
Labuan (3)
Pahang (3)
Putrajaya (0)
Perlis (0) – MalaysiaGazette