Seorang wanita melepasi Menara Eiffel Tower di Paris yang sepi ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan di Paris. foto BBC
PARIS – Perancis dan Poland memperkenalkan semula sekatan pergerakan ketika kedua-dua negara itu bergelut dengan kenaikan ketara jangkitan Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.
Sekatan dilaksanakan bermula tengah malam Jumaat.
Kira-kira 21 juta penduduk di 16 kawasan di Perancis termasuk Paris terkesan ketika negara ini bimbang dilanda gelombang ketika koronavirus.
Sekatan baru itu tidak seketat penutupan sebelumnya kerana individu dibenarkan bersenam di luar rumah.
Sekolah tetap dibuka dan salon dibenar beroperasi jika pengusaha mengikuti “protokol kebersihan tertentu”.
Perancis merekodkan 4.2 juta kes jangkitan dengan 92,000 kematian, menurut data Universiti Johns Hopkins.
Di Poland pula, kedai bukan keperluan, hotel, kemudahaan budaya dan sukan diarah tutup untuk tiga minggu.
Sekatan bermula pada hari Sabtu.
Poland merekodkan jangkitan harian tertinggi Covid-19 sejak November lalu.
Kes koronavirus juga meningkat secara mendadak di Jerman, mendorong Canselor Angela Merkel memberi amaran kemungkinan negara itu juga perlu menerapkan “brek kecemasan” dan mengenakan kembali sekatan pergerakan.
Pelaksanaan vaksin di seluruh Kesatuan Eropah telah terhambat oleh penghantaran yang tertunda dan juga penangguhan penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca Covid-19 di beberapa negara kerana bimbang kemungkinan kesan sampingan.
Pegawai kesihatan Poland sebelum ini memberi amaran bahawa sekatan di seluruh negara itu diperlukan kerana varian Covid-19 yang berleluasa di negara itu.
Variannya kini merangkumi lebih daripada 60% jangkitan.
Poland mempunyai lebih daripada dua juta kes jangkitan yang disahkan dengan hampir 49,000 kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.
Jerman sekarang mengklasifikasikan Poland sebagai risiko tinggi, bermakna mulai hari Ahad sesiapa yang melintasi sempadan dari Poland mesti memberikan keputusan negatif ujian koronavirus. – MalaysiaGazette