Pengasas Munawwareen, Aliza Abu Bakar (dua dari kiri) menunjukkan demonstrasi cahaya solar kepada Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Mazlan Lazim di sekatan jalan raya Ayer di Keroh, Melaka.

KUALA LUMPUR – Berikutan peningkatan sekatan jalan raya sepanjang pandemik Covid-19, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhasrat menambah kemudahan logistik dengan penggunaan teknologi solar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata, selain praktikal, murah dan mudah, teknologi itu boleh dijadikan aset di setiap balai polis.

“Teknologi ini amat berguna sekiranya dapat dibekalkan kepada setiap balai PDRM untuk kemudahan pelbagai guna, bukan sahaja untuk sekatan jalan raya, Bahkan ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan yang selain waktu Sekatan Jalan Raya.

“Salah satunya contoh terputus bekalan elektrik di balai. Sungguhpun terdapat genarator, saya melihat penggunaan solar ini lebih efisien, paling praktikal, mudah disimpan dan murah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian Majlis Makan Malam dan Kunjung Hormat Bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang diadakan di Hotel Mutiara Johor Bahru, kelmarin.

Abdul Hamid Bador (dua dari kiri) hadir pada Majlis Makan Malam dan Kunjung Hormat Bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, yang diadakan di Hotel Mutiara Johor Bahru, baru-baru ini.

Abdul Hamid turut menzahirkan hasrat untuk berbincang dengan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Kop Mantap Berhad (KMB) bagi mendapatkan teknologi solar itu yang dibekalkan oleh syarikat Munawwareen Holdings Sdn Bhd.

“Kita akan mengadakan satu pertemuan dengan KOP Mantap Berhad dan pihak pembekal untuk membuat pembentangan, perbincangan, demo dan kita akan pertimbangkan keperluan ini, seterusnya membentangkan bajet kepada Kementerian Dalam Negeri,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sebelum makan malam itu diadakan, acara sebelah pagi dihangatkan dengan program Lawatan Kerja KOP MANTAP Berhad Ke Kontinjen Xon Selatan yang membabitkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara Munawwareen Holdings Sdn Bhd, juga merupakan salah satu penaja utama lawatan berkenaan turut membekalkan keperluan seperti pelitup muka dan air mineral kepada petugas barisan hadapan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tenaga solar untuk kegunaan tempatan sahaja dan jangan sekali-kali dijual murah kepada Singapore sekian lama katok beli air mentah murah, so seriklah, kan?

Comments are closed.