Kelantan Covid-19 cases infectivity rate Rt

KUALA LUMPUR – Selepas mencatatkan 652 kes positif Covid-19 semalam, Selangor mencatatkan pengurangan kes hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri itu kembali menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes positif sebanyak 356 kes.

Sehingga 21 Mac lalu, Sarawak mencatatkan 276 kes, Pulau Pinang (205 kes); Johor (141 kes); Kuala Lumpur (115 kes);, Perak (55 kes); Sabah (50 kes); Kedah dan Kelantan masing-masing (30 kes); Negeri Sembilan (22 kes); Terengganu (18 kes); Pahang (11 kes); Melaka (10 kes); Perlis (5 kes) dan Putrajaya (3 kes).

Jumlah keseluruhan kes hari ini sebanyak 1, 327.

Labuan bagaimanapun tidak mencatatkan kes hari ini, katanya menerusi Twitternya hari ini.

Kadar itu kurang 300 kes berbanding semalam 1,671 kes, kata Dr. Noor Hisham.

Jumlah itu menjadikan kes positif Covid-19 hari ini di paras 1,327 kes.

“Sebanyak 1,313 kes penularan tempatan direkodkan hari ini dengan 861 daripada adalah warganegara dan 455 bukan warganegara.

“Sebanyak 11 kes import direkodkan melibatkan empat warganegara dan tujuh bukan warganegara,” katanya lagi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 154 kes dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi dan 65 lagi pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kematian pula empat orang hari ini menjadikan jumlah korban setakat ini adalah 1,223 orang.

Setakat hari ini, sejumlah 14, 518 kes positif Covid019 masih aktif di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast