Gambar hiasan
TOKYO – Harga minyak kembali turun pada hari Isnin, jatuh sekitar 1% berikutan kebimbangan penurunan permintaan untuk produk bahan bakar berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan di Eropah.
Minyak mentah Brent turun AS$0.60 atau 0.9% kepada AS$ 63.93 setong pada 0136 GMT.
Manakala minyak Amerika Syarikat susut AS$0.68 atau 1.1% kepada AS$60.74 setong.
Kedua-dua kontrak jatuh lebih dari 6% minggu lalu.
Jerman merancang untuk melanjutkan menangani penularan jangkitan Covid-19, menurut draf cadangan, setelah kes baru melonjak, dikhuatiri akan menyebabkan hospital mengalami lebihan kapasiti. – MalaysiaGazette