Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar memberi penjelasan berhubung keputusannya menggugurkan kes ahli politik tertentu semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) diputuskan oleh Peguam Negara.

Ini kerana, kes-kes tersebut disiasat oleh SPRM, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu merujuk kepada kes 80 individu dan entiti yang dikenakan kompaun kerana menerima dana daripada 1MDB.

Artikel berkaitan:Senarai penuh penerima kompaun berkaitan 1MDB belum muktamad – Latheefa

1MDB: Nazir Razak, Ahmad Maslan antara 80 terima notis kompaun RM420 juta

Beliau mempersoalkan isu itu kerana Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad didakwa.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermiyatti tidak didakwa.

Mustapa dan Mas Ermiyyati sebelum ini adalah Ahli Parlimen Barisan Nasional sebelum melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

”Adakah Tok Pa dan Mas Ermiyatti pulangkan balik wang 1MDB tersebut, sebab itu tidak didakwa? Amat wajar SPRM beri penjelasan,” kata Mohd Puad dalam kenyataan di sini.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan kepadanya bahawa keputusan gugurkan kes ahli politik tertentu diputuskan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Perkara itu dimaklumkan kepada Anwar dalam pertemuan mereka petang semalam.

Menurut Anwar, Azam memaklumkan perkara itu ketika beliau membangkitkan mengenai insiden ketika itu, yang mana beberapa Ahli Parlimen didakwa tetapi beberapa yang lain terlepas dari pendakwaan termasuk semasa era PH.

Menurut Mohd Puad, kalau Jabatan Peguam Negera yang dinyatakan itu, sudah tentu Tan Sri Tommy Thomas.

Sebab itu, katanya, kerajaan didesak supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap Tommy.

”Kalau tidak, bolehkah SPRM memohon kepada AGC supaya disemak balik individu dan entiti yang terlepas daripada dakwaan?,” soalnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Betul la tu, dalam isu ini eloklah ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk buat siasatan terhadap Tommy. Boleh juga dipakejkan dengan sebuah lagi kes rasuah membeli banglo murah di Pulau Pinang?

    Undang2 itu bukan sahaja hanya dilihat adil tetapi semestinya dapat mengadili?

  2. Pendakwaan kes rasuah LGE di mahkamah gugur sebaik sahaja dilantik jadi menteri wang. Dakwa LGE semula sebab dia tiada lagi ministerial immunity from prosecution.

Comments are closed.