KUALA LUMPUR – Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menggesa Menteri Dalam Negeri untuk menyiasat segera serta mengambil tindakan tegas berhubung kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini kerana, pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang wujudnya kartel dalam PDRM amat membimbangkan.
”Kenyataan-kenyataan ini seakan-akan wujudnya usaha pihak-pihak tertentu untuk menjejaskan kebebasan dan integriti PDRM, yang secara langsung akan mendatangkan kesan buruk terhadap imej, reputasi dan kewibawaan pasukan keselamatan itu,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution (PKR), Datuk Dr Hatta Ramli (PAN) dan Loke Siew Fook
(DAP).
Menurut mereka, elemen-elemen ‘kartel’ ini tidak boleh dibenarkan menyusup masuk dan mengawal PDRM, kerana
akhirnya ia akan menghancurkan institusi tersebut. – MalaysiaGazette