Petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhdap orang awam di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,360 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini dengan satu kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,359 kes yang direkodkan hari ini melibatkan kes penularan tempatan.

Sebahagian besar kes melibatkan 1,086 warganegara dan 273 lagi kes bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, Selangor masih lagi mencatatkan kes tertinggi dengan 365 kes.

“Ia dikuti dengan Sarawak 308 kes, Sabah 70 kes, Johor 129, Wilayan Persekutuan Kuala Lumpur 98, Negeri Sembilan 49, Pulau Pinang 113, Perak 71, Kedah 44, Melaka 32, Kelantan 63, Pahang 10, Terengganu 6, Wilayah Persekutuan Labuan 3 kes dan Putrajaya 8 kes,” menurut Noor Hisham.

Dalam pada itu, Perlis tidak mencatatkan sebarang kes Covid-19 hari ini.

Sejumlah 157 pesakit positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 72 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, setakat hari ini jumlah kes aktif adalah pada sebanyak 14,504 kes.

Kes sembuh hari ini juga mengatasi kes baharu positif Covid-19 dengan 1,491 pesakit dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya sebanyak 322,416.

Dua lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah korban Covid-19 di negara kini seramai 1,248. – MalaysiaGazette