KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 yang menular ketika ini menyebabkan masyarakat sering risau tentang keselamatan kawasan perumahan, tempat awam, sekolah, restoran dan tempat yang sesak dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.
Di tengah wabak yang tidak pernah terjangka sebelum ini, Persatuan Kebajikan Enam Sahabat atau Six League Charity yang ditubuhkan pada tahun lalu tampil memberi komitmen untuk melaksanakan khidmat sosial sukarela untuk membantu golongan tidak bernasib baik ketika terjadinya krisis ini.
Organisasi bukan berasaskan keuntungan ini telah melancarkan program yang menyediakan perkhidmatan pembasmian kuman percuma untuk orang ramai.
Ia meliputi tempat-tempat seperti sekolah, tempat beribadah, balai polis, pangsapuri, pasar pagi dan malam, kawasan perumahan, kawasan komersial, pusat penjaja dan lain-lain.
“Sejak masyarakat hidup dalam norma baharu, Six League telah melakukan pelbagai program membasmi kuman selain menyumbangkan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan.
“Sejak ditubuhkan, persatuan ini telah menunjukkan contoh semangat kesejahteraan sosial melalui penglibatan aktiviti kebajikan masyarakat dengan menderma, menaja dan mengedarkan bekalan makanan sebagai usaha untuk mengurangkan beban kewangan golongan tidak bernasib baik.
“Selain Lembah Klang, persatuan ini juga memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan di negeri-negeri lain termasuk mengedarkan bekalan makanan kepada kumpulan rentan di Butterworth, Pulau Pinang,” kata Wakil Pengerusi persatuan itu, Datuk Derrick Hooi.
Beliau menambah, Six League Cgarity seterusnya bersiap sedia untuk fasa perkhidmatan pembasmian kuman berikutnya apabila kini menyediakan larutan disinfeksi yang halal dan mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan (KKM) serta alat pelindung diri (PPE) dan penyembur disinfeksi menerusi pembuangan sampah yang sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP).
“Kerana permintaan yang semakin meningkat katanya, persatuan ini berbesar hari dapat meneruskan kerja sukarela ini dengan menyediakan perkhidmatan pembasmi kuman dan terus menyalurkan bekalan makanan kepada mereka yang memililiki latar belakang wabak Covid-19,” katanya.
Mereka yang memerlukan bantuan digalakkan untuk menghubungi Six League untuk urusan lebih lanjut di talian 012-2638334 ata 0132817799.
Sementara itu baru-baru ini, Six League Charity turut mengumumkan pelancaran program perkhidmatan pembasmian kuman mereka yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Jawatankuasa Six League dan Ketua Six League, Fon Ah Meng. – MalaysiaGazette