safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

SIK – Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut manakala tiga lagi rakan senegaranya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Jeniang berhampiran Kampung Gajah Puteh dekat sini, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdul Razak Osman berkata, mangsa yang maut adalah seorang pekerja kontrak dikenali sebagai Babul Mohammad Azaharul Islam, 32, yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di lokasi kejadian, manakala tiga rakannya yang menaiki kenderaan sama mengalami kecederaan dalaman.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas kenderaan pacuan empat roda itu secara tiba-tiba keluar dari satu simpang memasuki jalan tersebut dan sebuah lori dipandu seorang lelaki yang sedang melalui jalan itu tidak sempat menekan brek sekali gus berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, akibat perlanggaran itu kedua-dua kenderaan terbabas ke tengah jalan, bagaimanapun  pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Beliau memberitahu, mayat mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah-siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, polis masih menyiasat identiti tiga lagi warganegara Bangladesh yang mengalami kecederaan dan menyatakan bahawa pihaknya telah menghubungi majikan mereka di Kuala Lumpur berhubung kemalangan itu.

Sementara itu, Pegawai Komander Operasi Kanan Bertugas, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kedah, Amir Ridzwan Shah Rofiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 10.13 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 10.35 pagi.

“Setiba di lokasi, terdapat empat mangsa dengan seorang daripada mereka maut di lokasi kejadian dan tiga mangsa mengalami kecederaan. Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast