Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 990 kluster Covid-19 telah ditamatkan dengan 13 daripadanya dilakukan pada hari ini.

Kluster yang ditamatkan pada hari ini ialah Kluster Jalan Yahya, Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan Persiaran Cyber, Kluster Industri Cyber dan Kluster Tapak Bina Digital Lapan

Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Jalan Lima, Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Industri Rawang, Kluster Jalan Sri Putri, Kluster Jalan Enam serta  Kluster Jalan Tebrau Dua).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kluster yang direkodkan setakat ini adalah 1,359 kluster.

Tambah beliau, sebanyak 369 kluster Covid-19 masih aktif dengan sembilan daripadanya dikesankan hari ini.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 50 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Batu Enam Setengah (37 kes), dan Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (27 kes),” katanya.

Sembilan kluster baharu itu melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, ujarnya.

Kluster-kluster itu adalah KLuster Jalan Pinang Raja (25 kes), Kluster Jalan SC Satu (6 kes), Kluster Jalan Western (9 kes),
Kluster Jalan Sulaiman (12 kes) dan Kluster Batu Enam Setengah (47 kes).

Bagi kluster komuniti pula adalah Kluster Jalan Merak daerah Kulai di Johor, dan Kluster Fasa Dua Semarak di Tawau Sabah, dan Kluster Ranggu di Tawau, Sabah.

“Kluster Jalan Merak merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Merak 21, Bandar Putra, Kulai. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana tujuh kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Kluster Ranggu melibatkan daerah Tawau di Sabah dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Ranggu, Sri Tanjung, Tawau. Sejumlah 25 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Kluster Fasa Dua Semarak merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak, Tawau. Sehingga hairi ini, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” kata Dr. Noor Hisham.

Tambah beliau, satu lagi kluster adalah Kluster Kota Kemajuan di kesan di daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor.

Ia melibatkan kakitangan dan pesakit-pesakit sebuah pusat hemodialisis yang terletak di Jalan Kemajuan, Kota Tinggi dengan lima kes positif Covid-19 dikesan, hari ini. – MalaysiaGazette