Chau Hang Yong.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Lelaki tersebut, Chau Hang Yong, 36, mempunyai alamat terakhir di No 9 Jalan Keembong 42, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Fazli Zulkifli di talian 017-240 1324 atau 03-8870 0372. -MalaysiaGazette