ORANGE, California – Empat orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak, manakala seorang lagi mengalami kecederaan sebelum polis menambak suspek dalam dalam kajadian tembakan di sebuah bangunan pejabat di selatan California.

Tembakan dilepaskan ketika para pegawai polis tiba di bangunan dua tingkat di Lincoln Avenue di Orange, tenggara Los Angeles pada jam 5.30 waktu tempatan, kata pegawai polis, Leftenan Jennifer Amat seperti dipetik agensi berita, AP.

‘Seorang pegawai terlibat ketika tembakan berlaku’ dan suspek telah dibawa ke hospital, kata Amat namun beliau tidak tahu keadaan pegawai tersebut.

Kejadian tembakan berlaku pada tingkat dua, kata Amat.

Laporan media berkata, mayat boleh dilihat pada pejalan kaki di tingkat dua dan di halaman.

Amat tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai konfrontasi itu, apa yang mencetuskan serangan atau mengapa seorang kanak berada dalam bangunan itu.

Papan tanda di luar bangunan menunjukkan terdapat pejabat insurans, firma jururunding kewangan, perkhidmatan perundangan dan kedai membaiki telefon di situ.

Menjelang jam 7 malam, keadaan menjadi tenang dan tiada ancaman kepada orang awam, kata polis. – MalaysiaGazette