Laluan dari pusat bandar menghala ke Batu Maung di sini sesak ekoran satu papan tanda jalan terjatuh atas sebuah lori hari ini.

GEORGE TOWN – Laluan dari pusat bandar menghala ke Batu Maung di sini sesak ekoran satu papan tanda jalan terjatuh atas sebuah lori hari ini.

Kejadian pukul 3 petang itu berlaku selepas lori tipper dipandu lelaki berusia 54 tahun  tiba-tiba terangkat ketika melintasi bawah papan tanda tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA. Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati bahagian pengangkut belakang kenderaan itu tiba-tiba terangkat sendiri semasa melintasi papan tanda tersebut.

Laluan dari pusat bandar menghala ke Batu Maung di sini sesak ekoran satu papan tanda jalan terjatuh atas sebuah lori hari ini.

“Hasil siasatan mendapati pemandu tersebut datang dari arah Lebuh Raya Tun Dr Lim Choong Eu dan kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

“Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan namun dia dibawa ke balai polis bagi menjalani ujian saringan air kencing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Anbalagan, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette