Pihak bomba lengkap berpakaian PPE mengangkat mayat lelaki tanpa identiti yang terapung di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Batu Maung hari ini.

GEOGE TOWN – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tanpa tangan dan kaki berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Batu Maung di sini hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Nor Fairus Osman berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan mengangkat mayat daripada pihak polis pada jam 9.52 pagi tadi.

“Kita menaiki bot Polis Marin untuk melakukan kerja-kerja mengambil mayat yang berada dalam keadaan terapung serta lengkap berpakaian.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung.

“Selain itu, pemeriksaan mendapati mayat lelaki berkenaan berada dalam keadaan tanpa tangan dan kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Nor Fairus, mayat lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.  – MalaysiaGazette