TAIPEI – Negara-negara Eropaah menyediakan bantuan kepada projek kapal selam Taiwan, kata Kementerian Pertahanan pulau itu, pengakuan yang jarang dilakukan terhadap program sensitif yang tidak sahaja mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat (AS).

Taiwan, yang mana China mendakwa ia sebagai wilayahnya, berusaha merombak kekuatan kapal selamnya. Kekuatannya ketinggalan jauh daripada angkatan China yang meliputi kapal yang mampu melancarkan senjata nuklear.

Pada 2018, kerajaan AS meluluskan syarikat negara itu menyertai program tersebut, tindakan yang dilihat membantu Taiwan mendapatkan komponen utama walaupun tidak jelas syarikat yang terlibat.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Pertahanan Taiwan menafikan laporam The National Interest yang berpengkalan di AS bahawa laporan berita Taiwan pada 2019 menyatakan Korea Utara telah berbincang untuk membantu Taiwan membina kapal selam, lapor Reuters.

“Dalam pembangunan kapal selam kami tidak pernah ketika ini dan tidak akan ada sebarang hubungan dengan Korea Utara, semua bantuan disediakan oleh negara di Eropah dan AS,” katanya tanpa memberi maklumat terperinci.

Pada kebiasaannya negara-negara Eropah berhati-hati membenarkan penjualan senjata kepada Taiwan berikutan kekhuatiran terhadap kemarahan China walaupun pada 2018 Taiwan berkata ia berbincang dengan sebuah syarikat berpengkalan di wilayah Britain, Gibraltar, mengenai mereka angkatan kapal selam baharu.

Dua daripada empat buah kapal selam Taiwan yang masih aktif dibina di Belanda pada 1980an walaupun negara itu sering kali enggan menjualnya kepadanya.

Perancis juga telah menjual kapal tentera laut dan jet pejuang kepada Taiwan.

Pada tahun lalu, Taiwan berkata, ia mahu membeli peralatan daripada Perancis bagi menaiktaraf sistem gangguan peluru berpandu kapal.

CSBC Corporation Taiwan yang disokong kerajaan negara itu mula membina kapal selam baharu pada tahun lepas yang menyasar penghantaran pertama daripada lapan buah kapal selam dilakukan pada 2025.

Pada bulan lalu, Menteri Pertahanan Taiwan berkata, AS telah meluluskan eksport teknologi sensitif bagi kegunaan angkatan kapal selam itu. – MalaysiaGazette.